Selasa, 21 Julai 2015

Punca Keputihan Berwarna Coklat

Dalam kehidupan seharian seorang wanita,adakalanya berlaku pendarahan dari faraj secara tiba-tiba dan merupakan sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.Apa yang merisaukan mereka adalah keganjilan pendarahan tersebut tidak mengikut aturan biasa sewaktu haid  atau nifas.

Perkara sebegini selalunya menjadi tanda tanya buat diri mereka.Bukan sahaja gadis remaja malahan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga tidak terkecuali dari pendarahan yang tidak mengikut kadar waktu yang tetap serta dianggap ganjil.Pendarahan sememangnya membimbangkan setiap wanita tidak kira usia,status atau bangsa.

Pendarahan dikatakan  ganjil dan paling kerap dialami  oleh wanita lazimnya berwarna coklat terang atau gelap.Bagi membantu wanita memahami keadaan ini ,berikut adalah beberapa punca yang boleh menjadi penyebab keluarnya keputihan berwarna coklat.

Antara punca-punca keputihan warna coklat .

Turun naik hormon
Hormon adalah antara salah satu punca keluarnya keputihan warna coklat apabila seseorang wanita berhenti dari pengambilan pil pencegahan kehamilan.Lazimnya,ini disebabkan oleh perubahan hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika keputihan warna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih lagi mengamalkan pengambilan pil tersebut, ia boleh menandakan terdapat masalah lain yang mungkin serius.

Kelewatan haid
Selalunya, kelewatan haid juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid tersebut.Ini adalah disebabkan oleh saki baki lapisan tisu endometrium yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama serta tisu daripada rahim. Dalam kebanyakan keadaan, ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali jika ianya tidak berhenti dan aliran keluar berambah banyak,maka langkah paling bijak adalah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Pendarahan Implantasi
Jika keputihan warna coklat di kesan 3 hingga 4 minggu selepas kitaran haid terakhir , terutamanya jika  baru-baru ini telah terlibat dalam hubungan kelamin tanpa perlindungan atau berhenti mengambil pil pencegahan kehamilan, ianya boleh menandakan pendarahan implantasi atau tanda awal kehamilan.

Jangkitan kulat yang berulang
Bagi mereka yang menganggap jangkitan kulat adalah jangkitan biasa dan tidak memudaratkan,ubahlah persepsi tersebut disebabkan antara keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria di dalam tubuh.Lazimnya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit, rasa terbakar,sakit ari-ari dan bau yang tidak menyenangkan.Jangkitan ini boleh dirawat dengan anti fungal atau rawatan alternatif herba yang berkesan dan seimbang.

Penyakit Radang Pelvik (PID)
Keputihan warna coklat disertai bau yang busuk,sakit abdomen dan sakit ketika hubungan kelamin adalah antara gejala penyakit radang pelvik atau PID yang melibatkan rahim, ovari atau tiub fallopio. Ramai wanita muda mengalami PID disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea, ketuat faraj, chlamydia dan sebagainya.

Vaginosis bakteria
Jangkitan vaginosis bakteria boleh dirawat dengan bantuan antibiotik atau rawatan alternatif herba.Pesakit biasanya bertindak balas dalam masa hanya beberapa hari rawatan. Jangkitan ini bukan berpunca dari hubungan kelamin tetapi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.Pengunaan produk penjagaan dan pH faraj yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca ketidakseimbangan bakteria.

Kanser serviks
Pendarahan selepas haid yang berlangsung selama lebih tiga kitaran, boleh menjadi sesuatu yang lebih serius daripada keputihan warna coklat yang biasa.Jika mengalami pendarahan atau keputihan warna coklat selepas hubungan kelamin,adalah lebih baik jika dilakukan pemeriksaan di klinik/hospital.

Kerosakan pada bahagian dalaman organ reproduktif
Dalam kes yang serius, keputihan berwarna coklat juga boleh menjadi tanda kepada beberapa jenis kerosakan di bahagian dalaman organ-organ reproduktif.Tentu sekali memerlukan pemeriksaan terperinci. Kemungkinan boleh disebabkan oleh polip, hakisan atau kecederaan pada mulut atau permukaan rahim.Ini boleh menjadi satu keadaan perubatan yang serius yang memerlukan perhatian segera.

Stres yang melampau
Akhir sekali,keluar keputihan warna coklat boleh berpunca dari stres yang melampau menyebabkan gangguan dalam kitaran haid serta gangguan kesuburan.Akibatnya,akan kelihatan kitaran haid yang tidak teratur disertai dengan senggugut yang teruk.Rawatan yang paling efektif adalah dengan membawa perubahan diet dan cara hidup yang lebih “relax” jauh dari tekanan.

Mencari jalan penyelesaian kepaa masalah keputihan ?

Rasa Macam Hamil Je?

Assalamualaykum,

Akak menerima banyak pertanyaan melalui pm dari ramai ahli group FB yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti hamil, kerana tidak period untuk beberapa minggu, tetapi apabila melakukan UPT mendapati keputusan negatif.

Akak memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi sampai giliran rezeki untuk hamil. Banyakkan berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah swt.

Perasaan seperti hamil setelah beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang agak sedih dalam diam setelah sekian tahun berikhtiar.

Apabila period tidak datang pada waktu yang sepatutnya, ramai yang mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi setelah mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening.

Apapun,mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan pening tidak bermakna seseorang wanita itu hamil.Perasan seperti rasa seolah-olah hamil, disebut sebagai "Imaginary Pregnancy Symptoms (IPS)". Ia bukanlah istilah perubatan, tetapi suatu istilah untuk menggambarkan keadaan perasaan ini.

Perasaan ini datang apabila seseorang wanita sangat mengharapkan kehamilan apabila mengalami ‘tidak datang darah haid’ pada waktu yang sepatutnya. Apatah lagi mengalami rasa letih, kembung perut, bengkak pada payudara, rasa mengidam dan rasa dll.

Perasaan inginkan hamil akan menyebabkan seorang wanita rasa tanda-tanda ini adalah tanda kehamilan yang sebenar, pada hal ia harus dibuktikan dengan pemeriksaan UPT dan ultrasound.

Perasaan ini bukanlah disebabkan oleh kecelaruan psikologi tetapi perasaan sebenar akibat reaksi hormon dalam tubuh yang telah bersedia untuk hamil.

Apabila berlakunya ovulasi, tubuh seorang wanita sebenarnya telah sedia untuk hamil dengan mengeluarkan sedikit hormon, walaupun persenyawaan antara telur ovum dan sperma belum berlaku.

Antara hormon yang dikeluarkan dan menyebabkan IPS ialah hormon progesteron. Kepekatan hormon progesteron akan meningkat secara perlahan-lahan selepas berlakunya ovulasi dan kemudian turun secara perlahan-lahan jika seorang wanita tidak hamil.

Langkah terbaik adalah menunggu sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh period yang sepatutnya hadir untuk menentukan sama ada benar-benar hamil atau tidak.

Sebagai contoh jika bulan lepas,period pada 5 hb Julai, maka jika pada 19 hb Julai, masih tidak mengalami period, langkah selanjutnya adalah melakukan UPT.

Jika melakukan UPT terlalu awal, dibimbangi akan rasa kecewa atau keliru kerana kadang kala tanda-tanda kehamilan hampir sama dengan tanda-tanda ‘premenstrual tension’ yang boleh berlaku sebelum period.

Apapun, tanda-tanda kehamilan tidak berlaku pada semua wanita yang hamil. Ada wanita yang rasa seoalah-olah hamil kerana ada tanda muntah, letih, dan rasa payudara bengkak tapi hampa apabila mendapati mereka tidak hamil. Sementara ada wanita yang tidak mengalami rasa apa-apa dan mendapati mereka hamil.

Semoga bermanfaat

Copyright © Blog Hamil Cara Natural | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑