Apabila seseorang gadis
remaja yang berlatarbelakang dari keluarga
melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat
pendedahan
dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu
hendak
bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam
juga
didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika
dibicarakan
secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema
kerana tidak
mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan
organ
kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang
masalah
jangkitan keputihan serta penjagaanya yang sempurna.Kak Aliah percaya
ramai remaja yang sedang mengalami masalah keputihan dan sedang
menderita dalam diam.
Keputihan
yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia
muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang
negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang
luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak
memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak
tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang
gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan
realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini
walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.
Kak Aliah mohon sangat pada adik-adik remaja cuba sedaya upaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari
rawatan yang sesuai.Jangan sesekali membiarkanya tanpa
rawatan untuk mengelak dari komplikasi yang tidak di ingini atau “prolong infection”.
Apakah itu
keputihan?
Di kalangan
pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor
Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa
mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu
normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin
dengan jenis keputihan kedua ini.
Keputihan
yang normal
Dalam keadaan
normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan
tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui paras
kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya
menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga
dikenali dengan nama ovulasi.
Keputihan
yang abnormal
Merupakan
lendiran yang keluar seperti susu basi,
likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju
yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna
keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Punca
keputihan abnormal
Ada beberapa
sebab berlakunya keputihan abnormal.
Antaranya
ialah:
1. Ketika
terlalu letih.
2. Berada
dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.
Bagaimana Mengenali
jenis-jenis jangkitan
Sekiranya
remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali
gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung
dari awal lagi.
Mengenali
gejala jangkitan Mikroorganisma :
1. Kulat
Candida atau Monilia
Warna putih
susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
2. Parasit
Trichomonas Vaginalis
Cairan
keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan
bau hanyir.
3. Bakteria
Gardnella
Boleh
membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah
keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
4. Virus
Keputihan
akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti
Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
5. Benda
asing
Perkara yang
satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang
tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar
dalam.
Beberapa Tips
yang boleh diamalkan :
- Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
- Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
- Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
- Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
- Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
- Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Akhir sekali
akak nak nasihat supaya adik-adik para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala - gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati
keputihan yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama
kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan
yang mengandungi jangkitan mikroorganisma boleh merosakkan selaput dara
sehinggakan apabila berumahtangga nanti dan sewaktu melakukan hubungan "spesial"
dimalam pertama berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.
Kak Aliah percaya ramai remaja yang sedang mengalami masalah keputihan dan sedang menderita dalam diam.Jangan malu untuk bertanya ibarat pepatah melayu malu bertanya sesat jalan.Adik-adik boleh bertanyakan apa jua soalan tentang masalah wanita.Kak Aliah akan cuba jawab sedaya upaya yang mampu,email kak aliah di aliahzakaria@gmail.com
Semoga Bermanfaat
Semoga Bermanfaat
