Khamis, 23 Oktober 2014

9 Tips Paling Berkesan Dan Selamat Untuk Kuruskan Badan

Ramai sudah mengetahui tentang punca utama masalah kegemukan adalah disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.Selalunya,,amalan pemakanan yang tidak seimbang akan berakhir dengan tubuh yang tidak sihat disebabkan bekalan zat dan nutrien berguna yang diperlukan oleh tubuh tidak dibekalkan dengan kadar yang mencukupi.

Umum juga tahu bahawa cara paling berkesan untuk mengelak dari kegemukan dan penyakit bersamanya adalah dari diet yang seimbang.Bagi mereka yang inginkan menurun berat badan perlu menerima hakikat tiada jalan pintas untuk mencapai tujuan selain daripada diet yang seimbang berserta melakukan senaman dengan cara yang konsisten .

Berikut adalah 9 tips paling berkesan dan selamat untuk kuruskan badan yang selalu Kak Lia syorkan  :

Sebelum bermula,pertama sekali kak lia nak ingatkan bahawa menurunkan berat badan tidak hanya cukup sekedar bermodalkan niat sahaja.Perlu ada tekad dan semangat yang kuat ya.....

1) Mulakan dengan sasaran yang masuk akal

Tetapkan sasaran di awal program. Tidak usah terburu-buru. Jika berjaya turun berat badan sebanyak 0.5 kg satu minggu adalah sangat ideal. Jika terlalu drastik,dibimbangi akan memudaratkan kesihatan. Untuk motivasi tambahan, keluarkan dari almari dan digantung pakaian lama (ketika slim dulu)yang tidak boleh diguna lagi atas sebab kegemukan. Secara saikologi menjadi penguat semangat dan membantu mencapai sasaran yang di inginkan.

2) Tidak perlu terlau ekstrim

Tubuh yang sihat memerlukan 1,200-1,500 kalori setiap hari supaya tubuh tetap kekal sehat. Mengurangkan kalori sehingga 600 - 800 kalori setiap hari hanya akan memperlahankan proses metabolisma tubuh. Jika metabolisma berfungsi perlahan, kesempatan untuk lemak ditimbunkan di dalam tubuh semakin besar. Akhirnya,adik-adik,kak-kak,makcik-makcik semua bukan menjadi bertambah kurus, malahan boleh mengundang penyakit yang lain pula.

3) Percepatkan waktu sarapan pagi

Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi.Kajian yang dibuat di Amerika, 4.000 orang  dewasa yang bejaya menurunkan berat badannya sebanyak 15 kg dalam setahun adalah mereka yang bersarapan pagi.Malahan mempercepatkan sarapan pada awal pagi,umpamanya pukul 7 amat digalakkan supaya proses pembakaran tenaga dimulakan lebih awal.

4) Pilihan makanan untuk sarapan pagi

Mulakan hari dengan sarapan 300-400 kalori, tetapi bukan dengan makanan yang berlemak tinggi. Pilihlah sekeping roti gandum bakar,1 butir telur, ditambah 1 mangkuk salad atau, 100 gram nasi dengan 1 potong ikan ditambah 1 mangkuk sayur seperti yang dicadangkan oleh ramai pakar nutrisi.

5) Kunyah makanan sebanyak 36 kali

Amalkan mengunyah makanan sebanyak 36 kali,jika kurang dari 36 kali, cubalah cukupkan. Semakin lama mengunyah, makanan akan lebih mudah dicerna, dan akan lebih mudah merasa kenyang.

6) Perbanyak minum air putih

Menurut pakar meminum air putih 1.5 liter atau 8 – 10 gelas sehari hari boleh membantu menurunkan berat badan sebanyak 2.5 kg.

7) Lakukan gerakan atau bersenam

Bersenam selama 60-90 minit, 3-4 kali seminggu wajib dilakukan. Berlari lari anak atau ber jalan kaki berselang-seli setiap 3 minit amat efektif untuk membakar lemak. Jika tidak berkesempatan, berjalan kaki sahaja keliling rumah atau ruangan pejabat selama 5 minit setiap satu jam akan membantu membakar sekurang-kurangnya 200-300 kalori.

8) Lebihkan makanan berserat

Serat juga mempunyai peranan yang besar dalam menyerap lemak. Semakin banyak serat yang masuk kedalam tubuh semakin cepat membesar disebabkan serat bersifat menyerap air. Orang dewasa perlu sekurang-kurangnya 21 gram serat setiap hari.

9) Memakan buah-buahan sahaja tidak mencukupi

Memakan buah-buahan atau sayuran sahaja tidak mencukupi dan ianya hanya akan mebuatkan mudah lapar.Cuba tambahkan 15%-20% protin di setiap menu makanan untuk meningkatkan metabolisma disebabkan sistem pencernaan memerlukan tenaga untuk melakukan proses metabolism.

Semoga bermanfaat,Insyaa Allah

Ahad, 21 September 2014

Bagaimana Remaja Hendak Mengenali Tanda Keputihan Yang Abnormal

Apabila seseorang gadis  remaja yang berlatarbelakang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya yang sempurna.Kak Aliah percaya ramai remaja yang sedang mengalami masalah keputihan dan sedang menderita dalam diam.

Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.

Kak Aliah mohon sangat pada adik-adik remaja cuba sedaya upaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai.Jangan sesekali membiarkanya tanpa rawatan untuk mengelak dari komplikasi yang tidak di ingini atau “prolong infection”.

Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah  terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama  ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar  seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Mengenali gejala jangkitan Mikroorganisma :


1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.


Beberapa Tips yang boleh diamalkan :
  •  Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
  • Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  • Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  • Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  • Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  • Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Akhir sekali akak nak nasihat supaya adik-adik para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala - gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma boleh merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga nanti dan sewaktu melakukan hubungan "spesial" dimalam pertama berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.

Kak Aliah percaya ramai remaja yang sedang mengalami masalah keputihan dan sedang menderita dalam diam.Jangan malu untuk bertanya ibarat pepatah melayu malu bertanya sesat jalan.Adik-adik boleh bertanyakan apa jua soalan tentang masalah wanita.Kak Aliah akan cuba jawab sedaya upaya yang mampu,email kak aliah di aliahzakaria@gmail.com 

Semoga Bermanfaat

Copyright © Blog Hamil Cara Natural | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑